HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

MOTO


Translate

15 March, 2016

TERBUKTI BENAR 6 KONSPIRASI DUNIA PERLU ANDA BACA

6 Teori Konspirasi Dunia Yang Terbukti Benar
DARI penculikan makhluk asing hinggalah kepada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH350, pelbagai teori ditimbulkan golongan ‘penyiasat' amatur dan juga penganalisis profesional di ruang maya.

Tidak kesemua teori konspirasi yang sering dikemukakan akan memuaskan semua pihak dan kadangkala kedengaran agak ‘gila’.
Namun, di dalam hal yang paling gila sekalipun, kadang kala ia merupakan sebuah kebenaran yang tidak dapat disangkal.
Berikut kami kongsikan enam teori konspirasi yang sebelum ini mungkin dianggap cerita rekaan, namun hakikatnya adalah perkara yang benar-benar berlaku.

Konspirasi penculikan rakyat Jepun oleh Kerajaan Korea Utara. 

Isu penculikan oleh agensi perisikan Korea Utara terhadap penduduk Jepun ketika era 70-an dan 80-an sehingga kini menjadi hambatan kepada hubungan kedua-dua negara tersebut.

Antara tahun 1977 dan 1983, dikatakan seramai 880 warga negara matahari terbit itu dilaporkan hilang, terutamanya penduduk yang menetap di kawasan timur di kepulauan tersebut.

Pyongyang yang pada ketika itu telah dituduh sebagai dalang penculikan, namun perkara tersebut telah dianggap sebagai fitnah oleh Korea Utara.
Sehinggalah pada tahun 2002, negara yang diterjaui oleh Kim Joing-il membuat pengakuan dengan mengatakan mereka telah menculik 13 rakyat Jepun untuk dilatih sebagai perisik.

Pyongyang mengakui penculikan tersebut dan hanya membenarkan lima daripada mereka pulang pada 2002, sementara bakinya dikatakan meninggal dunia.
Bagaimanapun, Tokyo meminta Korea Utara menjelaskan nasib 17 warganya yang diculik rejim itu dan bukannya berjumlah 13, seperti yang diberitahu Korea Utara.
Di waktu tersebut, hubungan kedua-dua negara itu berada dalam keadaan tegang berikutan masalah pertindihan sempadan dan isu ujian peluru berpandu Korea Utara.

Konspirasi Amerika Syarikat dalam pengguan racun sewaktu larangan minuman keras. 

Pada 17 Januari 1920, Amerika syarikat telah melaksanakan pindaan ke-18 di dalam perlembagaan mereka, iaitu larangan penggunaan arak yang juga digelar kempen National prohibition of alcohol.

Undang-undang tersebut dilaksanakan bagi menyekat penjualan, pembuatan dan mengimport bahan-bahan yang berbentuk ‘alcoholoc beverage
Ini kerana pada waktu tersebut, peningkatan kadar jenayah telah melonjak secara mendadak akibat daripada memimun minumam keras, selain menjaga kesihatan penduduk di negaraUncle Sam itu.

Namun tahukah anda menerusi laporan yang dikeluarkan agensi Slate.com, pada tahun 1920 hingga 1933, dikatakan seramai 700 rakyatnya telah disahkan mati akibat meminum minuman keras.

Pada waktu tersebut, kerajaan Amerika dilihat cuba mempengaruhi rakyatnya dengan mengaitkan isu kematian disebabkan meminum arak.

Namun apa sebenarnya yang berlaku adalah saintis di AS telah menggunakan sejenis bahan kimia yang mengakibatkan peminum merasa sakit perut selepas minum.
Terdapat sebuah kes di mana seorang lelaki telah mati secara mengejut dengan hanya meneguk arak yang dipercayai telah ditambah dengan bahan kimia tersebut.

Pendedahan mengenai ini juga telah disahkan oleh majalah TIME pada isu keluaran 2015, yang mana telah menemu bual pegawai kerajaan, Seymour M. Lowma, sewaktu dia masih menjawat jawatan penolong setiausaha kempen tersebut.

Langkah yang lebih baik seharusnya dilakukan, bukan seperti ini,” katanya.
Undang-undang larangan tersebut walaubagaimanapun terhenti dan dimansuhkan pada tahun 5 Disember 1933.

Konspirasi Amerika Syarikat merekrut saintis NAZI

Selepas perang dunia kedua tamat, Jerman menyaksikan kekalahan manakala Rusia dan Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa besar dunia.

Pada ketika itu, negara-negara yang muncul sebagai ‘pemenang’ berlumba-lumba untuk merampas teknologi dan saintis terlatih di loji penyelidikan roket di Peenemünde, Jerman.

Yang mana, Amerika Syarikat merupakan negara paling beruntung apabila berjaya mengambil sebahagian besar pakar saintis Jerman; antaranya adalah kumpulan penyelidikan yang diketuai Saintis Von Braun.

Selepas disoal siasat oleh bahagian perisikan tentera Amerka, kerja-kerja penggumpulan data telah dilakukan secara sulit rentetan Tentera AS bimbang jika pihak Soviet mengetahui mereka mempunyai Von Braun.

Pada 20 Jun 1945, Kumpulan Von Braun telah berjaya dibawa keluar daripada German untuk ke Amerika Syarikat.

Saintis German, Von Braun, di tahun 1969.

Maka bermula dari detik tersebut, menandakan bahawa Von Braun terlibat secara rasmi dengan teknologi perlumbaan ke angkasa lepas milik Amerika Syarikat yang dinamakan operasi Paperclip.

Di dalam operasi Paperclip, antara yang paling mudah untuk dilihat adalah pembinaan roket Apollo yang digunakan oleh Neil Amstrong dalam misi ke bulan pada tahun 1969.
Roket Apollo yang dibina oleh jurutera dan saintis Amerika Syarikat telah diselia sepenuhnya oleh seorang Saintis Von Braun, di mana reka bentuk Apollo saling tidak tumpah seperti bentuk roket V2 ciptaan beliau semasa Perang Dunia Kedua.

Konspirasi CIA Menjalankan program Mind Control (MK-Ultra).

Idea mengenai pihak perisikan AS menjalankan projek MK-Ultra adalah bukan merupakan suatu konspirasi dan rahsia lagi.

Projoke MK-Ultra adalah kod nama dari program minda separa sedar yang dimulakan seawal 1950-an di mana sejumlah rakyat AS telah diambil sebagai subjek kepada program tersebut.

Rakyat Amerika yang merupakan subjek ujikaji pada 50-an.

Projek itu juga telah diasaskan oleh kepakaran saintis Nazi yang diambil daripada OperasiPaperclip.

Ini merupakan salah satu dari elemen penting dalam teori konspirasi dunia atau dari sisi lain salah satu dari elemen New World Order.

MK-Ultra mempunyai beberapa program sampingan, yang berjumlah 149 semuanya. Program ini merangkumi kajian biologi, dadah, aktiviti seksual, teknologi, fizik, psikologi dan perfileman.

Adalah bukannya satu suratan mahupun kebetulan apabila filem yang dikeluarkan pada era 1950-an telah ‘diolah’ untuk mempengaruhi penonton akan bahaya serangan Komunis dan memutar belitkan kewujudan makhluk asing.

Jika anda perasan, dunia perfileman Hollywood adalah contoh terbaik sebagai satu alat berkesan bagi projek MK-Ultra.

Konspirasi operasi False Flag.

Sebelum itu, mari kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan nama operasi ‘membawa bendera salah’ ini.

Operasi False Flag bermaksud operasi rahsia yang dijalankan sama ada daripada pemerintah, pertubuhan, mahupun sesebuah negara bagi membuat helah kepada orang awam kononnya ‘operasi’ yang dijalankan itu seolah-olah dilakukan oleh pihak lain.
Atau dalam kata lainnya dengan memfitnah pihak lain (musuh) sama ada dalam bentuk kemusnahan, keganasan, pembunuhan dan sebagainya.

Tujuan utama operasi ini adalah demi meraih ‘pandangan’ masyarakat supaya menyokong sebarang bentuk tindak balas oleh pemerintah yang ingin menyerang kembali pihak musuh.

Dalam sejarah, operasi false flag ini pernah dilakukan oleh pihak Nazi yang dipanggil Operasi Himmler. Di mana serangan palsu ke atas tempat mereka sendiri kemudian mereka menyalahkan Poland, dengan tujuan fitnah itu dapat memberikan mereka alasan untuk menyerang Poland.

Bagi yang mempercayai tragedi 11 September adalah operasi false flag, anda sememangnya merupakan golongan manusia yang menggunakan akal fikiran.

Susulan selepas  serangan itu, AS menceroboh Afghanistan dengan alasan mahu memerangi keganasan.

Dunia termasuk negara-negara Islam hanya mampu melihat sahaja pengeboman ekstrim Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan.

Kejadian pengeboman di bangunan-bangunan awam dan masjid-masjid juga adalah sebahagian daripada agenda dari operasi false flag.

Ini adalah untuk menimbulkan rasa syak-wasangka di kalangan majoiti umat Islam di seluruh dunia agar memastikan Islam tidak dapat bersatu sebagai satu kumpulan yang besar.

Konspirasi “Anda Sedang Diperhatikan”.

Mungkin teori konspirasi ini paling dianggap karut dan tidak masuk akal. Cuba anda bayangkan, pihak perisik di Pentagon sedang memantau segala aktiviti harian anda. Di tambah pula dengan imej “all seeing eyes” yang terdapat pada wang kertas 1 dollar AS, seakan menguatkan lagi teori berkenaan konspirasi ini.

Jika anda merasakan hal berkenaan adalah benar, maka anda mungkin dianggap sebagai manusia paranoid.

Adalah mustahil pihak perisik ingin mengintip jutaan manusia di dunia ini dengan hanya menggunakan skrin monitor.

Namun, pada 2013, seorang bekas bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS, Edward Snowden memberitahu bahawa perkara ‘mengintip’ seseorang itu adalah begitu mudah.

Ini kerana kebanyakan kita yang begitu teruja dengan kewujudan laman serta media sosial seperti Facebook, Twitter, e-mel dan sebagainya, tanpa disedari terdedah kepada perisikan oleh pihak AS.

Snowden pada 2013 pernah didakwa membocorkan rahsia negara selepas beliau membuat pendedahan bagaimana NSA membina sistem komputer yang dapat mengintip sesiapa sahaja yang menggunakan Internet, Facebook, e-mel dan pelbagai lagi.

Menjadikan isu ini lebih besar adalah bagaimana pemilik Google, Facebook dan Microsoft menjalin kerjasama sulit dengan NSA untuk membolehkan semua akaun media sosial pengguna di seluruh dunia diintip.

Pendedahan ini sudah tentu memberikan kesan besar kepada ketiga-tiga syarikat terbesar dunia itu sekali gus menjejaskan kepercayaan orang ramai dalam melindungi rahsia pemilik akaunnya.

AS sememangnya dikenali dengan kecekapan melakukan intipan yang diperlukan untuk menjamin kedudukan mereka sebagai ‘‘polis dunia’’ selain mengekalkan dominasi sebagai negara paling berpengaruh.

Kita boleh lihat bagaimana AS yang menjadi begitu berpengaruh selepas meraih kemenangan bergaya pada Perang Dunia Kedua menggunakan segala medium untuk melakukan risikan terhadap musuh sebenar mahupun musuh yang dicipta mereka

21 February, 2016

KISAH MENARIK: PERLU DIBACA PERISTIWA MESTERI MELANDA KOTA POMPEII

PERISTIWA MESTERI MELANDA KOTA POMPEII
Kisah yang dipaparkan kali ini hampir menyamai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya, tetapi kisah ini merupakan kisah manusia batu yang terbentuk akibat bencana alam yang dahsyat.

Sungguh mengerikan.. Bagaimana ianya terjadi, hayati kisahnya..

Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii iaitu salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain. Senario biasa dilihat seperti para penduduknya bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.

BULETIN PALING TOP