expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

19 June, 2014

AUSTRALIA TUMPAS




Dalam satu perlawanan kumpulan B di Porto Alegre, Australia telah tumpas pada Belanda dengan kekalahan tipis 2-3. Perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Jaringan pembukaan dimiliki oleh pasukan Belanda yg menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan asakan-asakan ke arah benteng pertahanan Australia. Hasilnya, Arjen Robben berjaya menyumbat gol pembukaan pada minit ke-20.

Australia yang juga dilihat bersemangat tidak mahu mengaku kalah apalagi patah semangat dan terus melakukan counter attack hanya 1 minit selepas gol Arjen Robben. 

Serangan balas itu terbukti membuahkan hasil buat Australia apabila berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan Tim Cahill pada minit ke-21. Keputusan seri 1 sama kekal hingga masa tambahan separuh masa pertama.

Separuh masa kedua juga menunjukkan saingan sengit antara kedua-dua pasukan. Banyak cubaan bahaya yang gagal menjaringkan gol. Namun Australia lebih bertuah apabila dihadiahkan penalti oleh pengadil kerana bola terkena tangan seorang pemain Belanda. Mile Jedinak menyempurnakan penalti tersebut pada minit ke 54 untuk mendahului Belanda. 

Namun kegembiraan Australia tidak kekal lama, apabila Belanda menyamakan kedudukan melalui Robin van Persie. Persie berjaya menebus kekecewaannya dilayangkan kad kuning pada masa tambahan separuh masa pertama dengan menyumbat gol kedua Belanda pada minit ke-58.

Sepuluh minit selepas itu, pasukan Australia kembali berduka dengan gol ketiga yang melengkapkan kemenangan Belanda melalui Memphis Depay pada minit ke-68. 

Australia yang cuba bangkit selepas itu gagal menyamakan kedudukan walaupun telah berusaha membuat pebagai percaturan seperti mengeluarkan Cahill dan memasukkan Ben Halloran. 

Kegagalan Australia mencari gol kekal hingga tamat perlawanan dan perlawanan memihak pada Belanda dengan kemenangan 3-2.

No comments:

Post a Comment