expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 June, 2014

BAPA DITAHAN KERANA ANAK CONTENG PASSPORT


Seorang pelancong China dari bandar Shenyang, di Wilayah Liaoning, yang hanya dikenali sebagai Zhang, terkandas di Korea atas alasan yang sangat pelik; anak lelaki beliau yang berusia empat tahun telah menconteng pasportnya!

Kedua-dua mereka mengikuti lawatan ke Korea, yang dianjurkan oleh sebuah hospital tempatan, tetapi terpaksa melanjutkan penginapan mereka selepas para pegawai kastam menahan si bapa malang ini kerana gambar pasport beliau telah diconteng dengan teruk oleh anaknya itu.

Walaupun agak lucu, ia membawa masalah besar pada Zhang dan menjadi satu pengalaman yang cukup menyusahkan dirinya. Anak kecil itu nyata tidak tahu apa yang dilakukannya pada dokumen penting milik bapanya.

Dia menjadikan passport itu sebagai galeri lukisannya dengan menconteng lukisan awan, tumbuhan, dan manusia pada seluruh pasport. 

Dia juga nampaknya membuat transformasi fizikal untuk bapanya dengan dengan menconteng misai dan jambang.

No comments:

Post a Comment