expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

18 June, 2014

BERJALAN MENGHALA KE BELAKANG SELAMA 25 TAHUN





Pernahkah anda berjalan menghala ke belakang? Mungkin anda pernah melakukannya dalam permainan atau dalam sesuatu keadaan tertentu. Namun, bagi seorang lelaki India berjalan mengarah ke belakang telah menjadi rutin harian dalam hidupnya.

Sejak 25 tahun yang lalu, Mani Manithan telah berjalan ke belakang dalam satu usaha pelik untuk mencapai keamanan dunia. Beliau memulakan tindakan ini pada tahun 1989, selepas satu siri insiden keganasan di India yang amat mengejutkannya.

Kini dia mengatakan bahawa dia telah menjadi terlalu biasa dengan keadaan itu sehinggakan dia tidak dapat berjalan lurus seperti keadaan normal walaupun dia mahu berbuat demikian.

Manithan menjual telefon bimbit untuk menyara hidupnya di kampung Agraharam, di Tamil Nadu. Sejak 14 Jun 1989, beliau telah memecahkan pelbagai rekod dalam berjalan ke belakang, semuanya dilakukan dalam usaha untuk mencapai keamanan dunia.

Salah satu daripada tindakan pertama beliau selepas bersumpah melakukannya adalah dengan berjalan ke belakang sejauh 300 batu sambil berbogel sepanjang jalan dari kampungnya ke bandar Chennai.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment