expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

19 June, 2014

BERUANG GAY DIDAKWA LAKUKAN SEKS ORAL


Seandainya anda rasa perlakuan seks oral oleh pasangan gay hanya berlaku dalam kalangan manusia, anda sebenarnya tersilap. Ini kerana perlakuan ini turut wujud dalam kalangan haiwan.

Menurut sepasukan penyelidik, dua ekor beruang jantan dilihat melakukan perbuatan seks oral semasa di dalam kurungan di Croatia.

Dua ekor beruang coklat ini dikatakan telah melakukan seks oral ke atas satu sama lain untuk beberapa tahun.

Dalam kajian kes mereka, para penyelidik itu juga mendapati mereka bahawa beruang tersebut berkemungkinan melakukan perbuatan itu untuk keseronokan dan mungkin juga disebabkan mereka telah bercerai susu terlalu awal.

Menurut laporan oleh Sains Live, dua ekor beruang yatim itu dan diletakkan dalam kurungan pada tahun 2003. Seorang saintis, Agnieszka Sergiel berkata bahawa para penyelidik telah menyaksikan 28 tabiat seks oral antara mereka dalam tempoh enam tahun.

Beruang-beruang itu kini berada di dalam tempat perlindungan di Kuterevo, Croatia. Hasil daripada kajian itu mendapati, beruang yang lebih besar di antara kedua-dua mereka adalah yang menerima perlakuan seks oral itu. 

Dia akan mencapai puncak syahwat selepas beberapa minit dan kemudian akan menggunakan kaki belakang untuk menolak pasangannya.

Para saintis berkata orgasma berlaku melalui pengecutan otot oleh beruang yang lebih besar dan terdapat juga cecair pada muncung beruang yang melakukan seks oral padanya.

Terdapat juga kes-kes lain di mana beruang melaksanakan seks oral setelah melancap tetapi menurut penyelidikan saintifik perbuatan ini dilihat sebagai tidak normal dan mungkin disebabkan kerana beruang itu hidup dalam keadaan yang tidak yang sihat untuk habitatnya.

By
Farahhasina


No comments:

Post a Comment