expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 June, 2014

CIUMLAH SAYA!


Di barat, seks dianggap sebagai satu keperluan di mana orang barat membincangkannya dengan terbuka. Pelbagai ciptaan dibuat untuk memenuhi keperluan seks mereka. Kini, satu rekaan bantal bagi latihan bercium telah dicipta.

Mungkin kedengaran pelik bagi kita, namun rekaan ini dibuat untuk sesiapa yang mahu berlatih ciuman sebelum mempraktikkannya dengan individu yang dikehendaki.

The ‘Make-Out Practice Pillow’ dicipta dengan rupa yang agak menyeramkan bagi sesetengah orang kerana ia mempunyai hidung dan mulut plastik di tengah-tengah untuk memberi  ilusi mencium orang yang sebenar.

Pereka bantal ini, Emily King dari Florida berkata bahawa bantal itu dicipta sebagai penyelesaian untuk individu yang tiada pengalaman bercium. "Semasa berada di sekolah menengah, ramai orang berjenaka tentang berlatih ciuman dengan bantal namun saya rasakan ramai orang yang melakukannya," kata Emily

Emily yang berusia 26 tahun itu berkata bahawa dia telah mendapat ilham daripada patung CPR dan patung getah dengan muncung yang ditemui dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan berhampiran apartmennya.

Dia mengambil muncung tersebut dan ramai yang bertanyakan tentangnya. Beberapa bulan kemudian, dia mendapat idea untuk menghasilkan bantal bermuncung itu yang dirasakan sebagai penyelesaian bagi individu yang baru pertama kali bercium untuk melatih mereka memberikan ciuman terbaik.

By,
Farahhasina

No comments:

Post a Comment