expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 June, 2014

HENTIAN BAS DARIPADA LEGO



Di London, sebuah hentian bas yang dibuat sepenuhnya daripada permainan Lego telah dibina di Regent Street. Pembinaannya telah menggunakan 100,000 keping lego.

Projek hentian bas ini merupakan satu kerjasama antara Transport for London (TfL), Lego, dan Trueform, iaitu sebuah syarikat reka bentuk dan pembuatan yang mempunyai kepakaran dalam perkakasan pengangkutan awam.

Hentian bas yang mengambil masa dua minggu untuk disiapkan ini telah dibina bagi meraikan usia 200 tahun pengangkutan bas London dan telah dibina di luar kedai mainan ikonik Hamley itu.

Lalu lintas biasa akan ditutup pada hari Ahad di Regent Street untuk memberi laluan kepada perarakan hampir 50 bas yang termasuk model yang paling awal dari tahun 1820 sehingga ke Routemasters yang paling moden.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Lego dan Trueform untuk memberikan penumpang kami sedikit keseronokan dalam perjalanan mereka" kata Leon Daniels, Pengarah Urusan TfL.

"Beribu-ribu orang melintasi Regent Street setiap hari dan kami berharap hentian bas baru itu akan membawa senyuman di wajah mereka" katanya lagi.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment