expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 June, 2014

KELUARGA 'RAPUNZEL' SEBENAR




Tahukah anda kisah Rapunzel iaitu seorang perempuan yang memiliki rambut yang sangat panjang? Kanak-kanak pasti mengingati kisah Rapunzel yang rambutnya digunakan oleh kekasihnya untuk memanjat menara tempat dia dikurung.

Kini terdapat sebuah keluarga Rapunzel dalam kehidupan sebenar. Seorang wanita dan tiga orang anak perempuannya adalah Rapunzel sebenar kerana memiliki rambut sepanjang lebih 4m apabila digabungkan.

Tere Lynn Svetlecich Russell, 43, sentiasa menyimpan rambut panjang dan telah menggalakkan anak-anak perempuannya iaitu Callan, Cendalyn dan Chapin untuk melakukan perkara yang sama.

Ia sebenarnya bukanlah hobi keluarga yang mudah dan murah kerana setiap seorang daripada anak gadis ini, kecuali yang bongsu, Chapin, akan menggunakan satu perempat botol perapi setiap kali mereka mencuci rambut mereka.

Rambut Tere juga amat berat apabila dibasahkan sehingga dia harus berlutut di bilik mandi untuk mengelakkan daripada terbalik.

Kini tidak ada seorang pun daripada anak-anak gadis Tere yang pernah pergi ke salon rambut lagi dan ibu mereka telah memberi kebenaran memotong rambut pendek jika mereka mahu.  Anak-anak gadis Tere bersaing setiap tahun dalam pertandingan rambut paling panjang di Illinois.

Namun begitu, mereka juga tetap berdepan pelbagai masalah disebabkan rambut mereka yang adakalanya terlekat di pintu kereta, disedut oleh pembersih vakum dan sebagainya.

Mungkin disebabkan inilah, Rapunzel dalam kisah klasik kanak-kanak hidup bahagia hanya selepas rambutnya dipotong pendek.

ANAK-NAK GADIS TERE KINI MEWARISI MINAT IBU MEREKA

KELUARGA RAPUNZEL SEBENAR

KELUARGA INI PERNAH MEMENANGI PELBAGAI PERTANDINGAN RAMBUT TERPANJANG

Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment