expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 June, 2014

KILANG BIHUN TERBAKAR; KEMALANGAN ATAU DIRANCANG?



Masih ingatkah anda dengan kisah kilang pengeluar bihun cap masjid di Jalan Ipoh yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Kami pernah menyiarkan 2 artikel berkaitan kilang ini yang pernah diserbu kerana tidak memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Kini, timbul pula kisah baru kilang ini yang musnah dijilat api dalam satu kebakaran. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kilang di Batu 7 Jalan Ipoh itu turut membabitkan empat lagi kilang lain yang berhampiran. 

Pihak bomba tiba di tempat kejadian setelah menerima laporan dari orang awam yang menyaksikan kebakaran itu namun bomba tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketika mereka tiba hampir keseluruhan kilang tersebut telah ranap dalam kebakaran itu.

Persoalan yang timbul kini adalah mengapa tiba-tiba sahaja kilang itu terbakar? Adakah ia satu kebetulan kerana baru sahaja kilang ini diberi liputan meluas oleh pihak media akibat operasi kilang yang menyalahi undang-undang. 

Memang benar kemalangan kadangkala terjadi tanpa diduga bak kata orang malang tidak berbau, namun memandangkan apa yang terjadi, perkara ini pasti mencetuskan keraguan. 

Apa tidaknya, umum mengetahui bahawa kilang ini telah disita dan pemilik juga dalam proses untuk dikenakan tindakan atas kesalahan menjalankan operasi yang menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Banyak kemungkinan yang dilihat di sini, sama ada ianya benar-benar satu kemalangan atau adakah ia disabotaj atau angkara khianat dan cubaan untuk penipuan insurans. Setakat ini masih tiada jawapan yang pasti namun perkara ini sedang dalam siasatan.

KILANG MEE HOON VAN LOONG YANG MUSNAH DALAM KEBAKARAN

TANDA TANYA, ADAKAH INI SATU KEMALANGAN ATAU SENGAJA DIRANCANG?

By;
Farahhasina


No comments:

Post a Comment