expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

18 June, 2014

KISAH 'LELAKI GAJAH' YANG HODOH



                                           

Pernahkah anda mendengar tentang 'Elephant Man'? Kisah lelaki dengan fizikal yang hodoh ini telah menjadi satu cerita lagenda di England. Ini kerana kisah dan riwayat hidupnya yang sangat menyentuh hati kerana dia menghadapi pelbagai kesukaran dalam hidup akibat fizikal yang dimiliknya.

'Elephant Man' atau nama sebenarnya Joseph Carey Merrick dilahirkan pada 5 August 1862 di Leicester, Leicestershire, England. Dia mengalami masalah kongenital di mana dia mempunyai tumor yang kronik dan menyebabkan kecacatan sebelum umur 2 tahun lagi. 

Keadaannya menjadi bertambah teruk dengan cepat, hingga salah satu tangannya tidak dapat digerakkan. Masalah kesihatan Merrick yang semakin kritikal akhirnya menyebabkan mustahil bagi Merrick untuk meneruskan kehidupan bekerja dan kemiskinan memaksanya untuk memasuki kesatuan Leicester.

Terdesak untuk mencari jalan keluar dari keadaan suram itu, Merrick menghubungi pemilik sebuah dewan muzik Leicester pada tahun 1884. Mereka akhirnya telah bersama-sama menjayakan satu pementasan berjudul 'Elephant Man , Half-a-Man dan Half-an-Elephant,' di mana Merrick menggunakan badannya yang cacat itu dalam pementasan tersebut.

Merrick sendiri akur pada kepercayaan orang tua yang mengatakan bahawa keadaan dirinya berpunca daripada ibunya yang takut dengan gajah semasa hamil. Apabila mengikuti kumpulan pementasan itu berpindah ke London, keadaan Merrick mendapat perhatian beberapa pakar bedah, termasuk Frederick Treves.

Pada waktu ini, fizikal Merrick telah menjadi amat teruk, dengan tulang-tulang yang mengembung dan tisu lembut yang membengkak meliputi sebahagian besar tubuhnya. Selain kesakitan fizikal, dia juga menderita secara psikologi akibat cercaan masyarakat. 

Untuk mengelakkan pandangan dan perhatian orang lain, dia menutup wajahnya dalam topeng setiap kali keluar. Masyarakat mula memandang rendah dan menentang kehadiran manusia dengan fizikal yang ganjil dan mula memberi pelbagai gelaran kepadanya. Merrick kemudiannya dibawa oleh Treves ke Hospital London. 

Satu panel rayuan khas telah dilancarkan bagi mengumpul dana untuk membolehkan dia tinggal dalam hospital berkenaan. Merrick tidak keseorangan serta masih menerima banyak pelawat, menghadiri teater dan membuat lawatan.

Joseph Carey Merrick meninggal dunia dengan mengejut pada 11 April 1890. Treves telah membuat penyelidikan ke ats mayat Merrick. Beliau telah mengambil sampel kulit dan membuat kajian ke atas struktur rangka badannya yang kembung dan menonjol keluar. 

Hasil kajian yang dibuat, Merrick dipercayai menghidap sindrom Proteus iaitu satu sindrom di mana seseorang akan mengalami pertumbuhan kulit secara berlebihan dan perkembangan tulang yang tidak sekata diikuti dengan tumor pada sebahagian tubuh. 

Kisah hidup Merrick telah menjadi subjek pementasan filem-filem dan cerita-cerita yang memberi tumpuan kepada kebijaksanaan dan sensitiviti beliau sebagai satu paparan untuk mesej toleransi kepada masyarakat.

Sebuah filem telah diterbitkan pada tahun 1980. Filem lakonan John Hurt dan Anthony Hopkins ini memaparkan perjalanan hidup Merrick dan segala penderitaan yang dilaluinya.


TENGKORAK JOSEPH MERRICK
RANGKA JOSEPH MERRICK @ ELEPHANT MAN DILIHAT DARI SUDUT BERBEZA

FILEM THE ELEPHANT MAN YANG DITERBITKAN PADA TAHUN 1980

Edited by; 
Farahhasina

No comments:

Post a Comment