expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 June, 2014

LATIHAN MERASAI LEMAS


Latihan kebakaran atau 'fire drill' memang biasa dilaksanakan di sekolah-sekolah untuk memberi panduan kepada para pelajar tentang tindakan yang harus dilakukan dalam menghadapi risiko berlakunya kebakaran.

Namun, pernahkah anda mendengar tentang latihan lemas dilakukan di sekolah? Bunyinya aneh, tapi itulah langkah yang diambil oleh sebuah sekolah di China.

Kira-kira 70 pelajar sekolah rendah di Luoyang, China baru-baru ini telah terlibat dalam latihan kontroversi di mana para pelajar diarahkan untuk membenamkan kepala mereka dalam besen penuh berisi air untuk merasai pengalaman lemas.

Menurut laporan, Sekolah Rendah Qianzhizhuang di Wilayah Henan terletak berhampiran sungai di mana kanak-kanak sering bermain di sungai itu untuk menyejukkan pada musim panas dan mereka terdedah pada risiko lemas.

Disebabkan itu, pihak pengurusan sekolah merasakan bahawa adalah perlu untuk memberikan pengalaman dan membiarkan para pelajar ini mengetahui bagaimana rasanya apabila lemas.

Mereka mengambil tindakan ini dalam situasi yang terkawal dan dipantau oleh pihak sekolah supaya kanak-kanak ini tahu tentang pengalaman lemas sebenar yang berisiko apabila tiada yang menyelamatkan mereka.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment