expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

22 June, 2014

ORANG RAMAI KENCING ATAS MUKA BARACK OBAMA


Muka Presiden Amerika, Barack Obama kini dikencing oleh orang ramai. Ya, memang benar, muka Presiden itu kini menjadi tempat orang ramai kencing di atasnya.

Mereka yang menghadiri Persidangan Faith and Freedom Coalition Conference 2014 di Washington, DC dapat melakukan sesuatu yang benar-benar berbeza kerana salah satu keseronokan dalam persidangan itu tahun ini adalah keupayaan untuk kencing secara langsung pada muka Presiden Barack Obama.

Ini kerana blok pewangi tandas berbentuk wajah Barack Obama diletakkan di tempat pembuangan air kecil dalam tandas lelaki. 

Perbuatan tersebut telah mengundang kemarahan banyak pihak dan White House telah menyelar perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Dan Pfeiffer, penasihat kanan di White House, telah memberi maklum balas kepada gambar-gambar yang dimuat naik di Twitter serta menyelar tindakan mereka yang juga memperlekehkan saiz telinga Obama dalam rekaan blok pewangi tandas itu.

Setakat ini mereka yang bertanggungjawab meletakkan 'wajah' Obama di dalam tandas itu belum dikenal pasti. Namun perbuatan ini jelas dikecam hebat oleh banyak pihak yang mengkritik sikap rakyat Amerika yang sanggup kencing di atas wajah pemimpin mereka.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment