expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

17 June, 2014

PORTUGAL DIBELASAH JERMAN



Dalam 1 perlawanan kumpuIan G, Portugal pastinya mengalami mimpi ngeri apabila dibenam Jerman 4-0. Permainan jelas memihak pada pasukan Jerman yang menunjukkan penguasaan dalam keseluruhan perlawanan.

Kemusnahan Portugal bermula apabila Jerman mendapat penalti pada minit ke-12 yang disempurnakan oleh Thomas Muller. Muller nyata tidak bermasalah melepaskan satu tendangan kencang di sebelah kiri pintu gol yang gagal ditangkis oleh penjaga gol Portugal.

Kedukaan Portugal ditambah lagi selepas sepakan penjuru yang diambil Toni Kross berjaya sampai ke kepada Mats Hummels yang menanduk masuk bola ke jaring pada minit ke-32.

Episod sedih Portugal berterusan pada separuh masa pertama apabila Toni Kroos sekali lagi menghantar bola cantik pada Thomas Muller dan Muller tidak mensia-siakan peluang itu apabila berjaya menyumbat masuk bola ke dalam gol untuk jaringan ke-3 Jerman, 1 minit selepas masa tambahan.

Nasib malang terus menyelubungi Portugal apabila mutu persembahan mereka yang agak kurang kemas menjadi semakin buruk setelah Pepe terpaksa keluar padang selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-38 kerana mengasari Muller.

Portugal yang telah tempang setelah kehilangan seorang pemain nyata tidak mampu berbuat apa-apa pada separuh masa kedua, namun sekurang-kurangnya mereka berjaya mengawal keadaan agar pintu gol tidak terus dibolosi Jerman.

Namun kekurangan seorang pemain tetap membuka ruang pada Jerman untuk menambah jaringan dan usaha Jerman berhasil apabila Thomas Muller berjaya melakukan hat trick untuk gol keempat Jerman pada minit ke-78 permainan.

Jerman berpesta gol dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Portugal yang dianggap sebagai antara pasukan yang kuat dalam arena bola sepak dunia. Kekalahan ini juga adalah rekod kekalahan terburuk bagi Potugal sepanjang kejohanan Piala Dunia. 

Kehadiran bintang bola sepak mereka Ronaldo juga gagal membantu Portugal daripada kekalahan memalukan ini. Portugal pastinya amat tercabar dan harus menebus kekalahan mereka dalam perlawanan seterusnya menentang Amerika Syarikat di Manaus. 

Adakah misi menebus maruah mereka akan berjaya? Sama-sama kita nantikan.

By;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment