expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

MOTO


Translate

17 June, 2014

REPLIKA DAGING RUSHMORE


Amerika meraikan National Jerky Day iaitu satu hari memperingati sejarah, populariti dan kebaikan makanan berasaskan daging kering. 12 June telah diisytiharkan sebagai National Jerky Day.

Jack Link, pengeluar terbesar daging lembu di Amerika telah mengambil satu inisiatif besar-besaran untuk menyambut Hari Jerky kebangsaan pada tahun ini. Mereka menganjurkan pembinaan replika 'Daging Rushmore', satu replika daging yang mnyerupai monumen Amerika yang popular, 'Mount Rushmore'

Replika daging terbesar ini dihasilkan dengan struktur ketinggian 13 kaki dan 17 kaki lebar dan telah dipamerkan di New York City pada 12 Jun, sebagai sebahagian daripada sambutan Jerky Day.

Replika daging terbesar ini mengambil masa selama 1,400 jam untuk disiapkan. Replika ini dihasilkan dengan menggunakan hampir 800 kg daging lembu, daging babi dan ayam belanda. Teras arca itu merupakan ukiran tangan menggunakan 'foam' dan kemudiannya ditutup dengan lapisan daging-daging tersebut. 

Lebih daripada 20 orang kakitangan terlibat dalam projek ini yang diselia oleh pengarah seni Alex Valhouli.

No comments:

Post a Comment