expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

23 June, 2014

WARGA EMAS MASAK ORGAN BADAN SUAMI


Seorang wanita warga emas yang digelar 'Female Hannibal Lecter' telah ditangkap kerana didakwa membunuh suaminya dan memasak hati, hidung dan alat kelamin suaminya itu.

Pesara berusia 71 tahun itu dituduh memukul suaminya yang berusia 80 tahun hingga mati dengan batu lesung yang digunakan untuk mengisar rempah.

Seorang pegawai mendedahkan bahawa wanita itu didakwa memasak sesetengah bahagian tubuh suaminya dalam periuk di dapur rumahnya di bandar Longwy, utara-timur Perancis, pada 22 Mei.

Sumber kehakiman berkata: "Suspek memasak hati, hidung dan organ-organ kemaluan suaminya di dalam periuk tetapi kita tidak pasti sama ada dia memakannya"

Sumber itu juga menggelar suspek sebagai 'Female Hannibal Lecter' yang diambil daripada filem pembunuhan pada tahun 1991, 'The Silence of the Lambs' yang dibintangi oleh Anthony Hopkins sebagai pembunuh bersiri kanibal.

Peguam suspek, Caroline Depretz berkata kliennya mengalami gangguan khayalan yang jelas sekali menunjukkan bahawa ia adalah sejenis kegilaan.

Wanita itu kini diletakkan di bawah unit psikiatri penjara untuk menjalani ujian bagi menentukan sama ada dia boleh dikenakan tuduhan untuk tindakannya itu.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment