expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 July, 2014

BAPA BUNUH BAYINYA KERANA GANGGU PERMAINAN PLAYSTATION

MARK SANDLAND

Seorang lelaki dihukum penjara kerana didakwa membunuh bayi perempuannya kerana tangisan bayi itu telah mengganggunya ketika bermain PlayStation.

Tertuduh, Mark Sandland menangis ketika dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan menggoncang bayinya, Aimee Rose yang berusia lima minggu dalam keadaan marah.

Lelaki berusia 28 tahun itu mendakwa beliau telah mengalami serangan sawan dan menyedari bahawa bayi itu telah berada di bawahnya.

Walau bagaimanapun pihak polis menemui alat pengawal permainan di atas sofa dan rekod permainan di situ menunjukkan bahawa Mark telah membaca tips untuk bermain 'Assassin Creed' 15 minit sebelum dia membuat panggilan 999.

Beliau juga menghantar mesej kepada ibu bayi itu yang telah meninggalkan bayi tersebut dengannya untuk memulakan kursus ijazah universiti di Brighton. Dalam mesej itu dia memberitahu bahawa bayi tersebut tidak berhenti menangis sejak kira-kira setengah jam selepas ditinggalkan ibunya.

Mark didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman mereka di rumah pangsa Sandland di St Leonards-on-Sea pada November 2012. Dalam kejadian itu, AimeeRose ditemui dengan lebam di muka, perut dan kakinya. Bayi itu meninggal dunia di hospital empat hari kemudian.

Hakim Justice Sweeney berkata lelaki itu telah berulang kali berbohong untuk menutup kesalahannya dan tidak menunjukkan sebarang penyesalan sebenar.

"Walaupun mustahil mengenal pasti butiran lengkap atas apa yang anda lakukan, namun kecederaan yang disebabkan oleh anda telah menjelaskan segalanya," katanya kepada Mark ketika menjatuhkan hukuman di mahkamah Hove.


Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment