expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

MOTO


Translate

27 July, 2014

DYANA SOFYA KESAL GURU KENA TUKAR SEKOLAH


KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud membidas Kementerian Pendidikan kerana didakwa menukar seorang guru wanita ke sebuah sekolah lain hanya kerana menyiarkan posternya semasa Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada Mei lalu.

Beliau mendakwa, hukuman yang dikenakan ke atas guru yang telah berkhidmat selama 16 tahun itu tidak boleh diterima kerana beliau mempunyai hak untuk berkongsi pandangannya ke atas politik Malaysia melalui akaun Facebook.

“Menyiarkan poster saya dalam akaun Facebook beliau bukan membawa politik ke dalam sekolah. Hukuman menukar ke sekolah yang jauh kepada ibu tunggal itu hanya beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri perlu ditarik balik serta merta.

“Insiden ini juga menimbulkan perhatian ke atas campur tangan Kementerian Pendidikan terhadap hal peribadi guru. Bukankah guru juga rakyat yang mempunyai kebebasan untuk berfikir terutama dalam ruang lingkup peribadi mereka,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Dyana Sofya turut mendakwa hukuman itu menyekat minda golongan guru sekali gus menunjukkan Kementerian Pendidikan cuma berhasrat mewujudkan golongan guru `robot’ yang hanya tahu menurut perintah.

Sebuah portal berita melaporkan seorang guru wanita yang disiasat kerana menyiarkan poster calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Mei lalu menerima arahan bertukar ke sekolah lain yang lebih jauh.

Guru wanita itu yang enggan mendedahkan identitinya dipetik berkata, surat pemberitahuan pertukaran sekolah itu dihantar dengan tangan kepada beliau di sekolahnya di Melaka hari ini dan rayuan tidak dibenarkan.

No comments:

Post a Comment