expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 July, 2014

IMEJ PROPAGANDA KASIH SAYANG LELAKI ISRAEL DAN WANITA PALESTIN DIKECAM


Satu gambar propaganda kasih sayang antara Israel dan Palestin yang dikongsi oleh pihak Projek Dialog menerusi akaun Twitter dan Facebook mereka menerima kecaman hebat.

Gambar yang memaparkan kononnya seorang lelaki Israel dan wanita Palestin sedang berciuman dengan hashtag ‘Love’ dan ‘happyramadhan’ menimbulkan kontroversi dan dikritik banyak pihak yang nyata tidak berpuas hati dengan paparan imej berkenaan.

Jelas sekali ia hanyalah satu propaganda kasih sayang antara 2 pihak yang bermusuhan dan tindakan ini tidak mengambil kira sensitiviti  umat Islam dalam situasi kini di mana Gaza yang sedang diserang hebat oleh tentera Israel.

Ucapan ‘happyramadhan’ itu juga nyata tidak sesuai dengan aksi bercumbuan yang ditunjukkan oleh kedua-dua model dalam gambar tersebut yang nyata sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

Diharap pihak seperti ini akan lebih sensitif dan prihatin dengan keadaan sekeliling serta lebih bersimpati terhadap keadaan umat Islam Palestin yang dizalimi dan berjuang bermati-matian menuntut kebenaran.

ANTAR REAKSI UMUM TERHADAP PEMAPARAN GAMBAR PROPAGANDA TERSEBUT



No comments:

Post a Comment