expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 July, 2014

LIHAT VIDEO TARANTULA YANG MENAKJUBKAN INI!




Pasti ramai yang fobia melihat tarantula gergasi ini. Mana tidaknya, serangga berbisa ini mempunyai saiz yang luar biasa besarnya.

Namun, jangan panik dulu, ini bukanlah mimpi ngeri anda yang menjadi kenyataan.

Ia mungkin kelihatan seperti tarantula gergasi  tetapi ia sebenarnya seorang manusia bernama Lowri Thomas, yang telah dicat badannya dengan solekan untuk kelihatan seperti labah-labah besar yang menakutkan.

Seorang wanita berusia 27 tahun, Emma Fay menggunakan cat berasaskan air untuk menjadikan model super fleksibel ini sebagai serangga gergasi yang menakutkan.

Seluruh transformasi tubuh beliau mengambil masa sejumlah 5 jam dan Emma telah menghabiskan masa selama tiga tahun untuk menguasai dan menyempurnakan karya artistik beliau.

Artis berasal dari Leicester ini berkata, dia menciptakan siri imej, yang diambil oleh jurugambar Jonathan Macauley, untuk meraikan keajaiban alam semula jadi.

Bagi mereka yang tahu menghargai seni dan sukakan makhluk jadian manusia, Emma juga mewujudkan zirafah yang menakjubkan.

Dalam karya seni zirafah tersebut, Beth Sykes iaitu seorang pemain sarkas dan ahli akrobatik yang telah dicat dan disolek, melenturkan dirinya supaya kelihatan seperti badan zirafah dan melunjurkan kakinya untuk menampakkan keaslian leher panjang haiwan berkenaan.

Selain itu, terdapat juga projek-projek lain telah memaparkan tubuh Beth yang dicat sebagai cicak, kuda laut, satu watak asing dari filem Avatar, dan harimau. Segalanya menyerupai haiwan yang asal.

PROSES PENGHASILAN 'TARANTULA JADIAN'

KARYA SENI BERBENTUK ZIRAFAH DARI TUBUH MANUSIA



Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment