expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

09 July, 2014

PERCAYALAH ANDA PASTI TIDAK PERNAH MELIHAT KECOMELAN INI


Sekali lihat, pasti ramai tertanya-tanya apakah benda putih yang sungguh gebu ini? Ia kelihatan seperti gumpalan kapas atau 'cotton candy' yang besar. Namun, ia bukanlah benda-benda atau apa jua yang anda fikirkan. Ia sebenarnya adalah seekor arnab, ya arnab!

Arnab ini pastinya antara satu kejadian paling comel  di dunia. Arnab bernama Ida ini merupakan arnab daripada baka Angora yang terlalu comel untuk diterangkan. Paling istimewa tentangnya adalah bulu yang pasti di luar imaginasi kita.

Ida adalah salah satu daripada koleksi arnab Angora milik Betty Chu yang merupakan seorang profesor bersara di San Jose State University.

Dia menjelajah ke seluruh negara dengan haiwan comel itu dan  mempersembahkannya dalam Northern California Angora Guild.

Bulu arnabnya ini memang menakjubkan kerana boleh tumbuh sehingga 10 inci panjang, di mana ianya jauh berbeza daripada arnab biasa yang  mempunyai standard bulu sepanjang 1 inci shaja.

Betty membuat persediaan teliti terhadap arnab kesayangannya sebelum menyertai pertandingan dan pameran. Ini termasuklah melakukan teknik blow-dry ke atas bulu arnab itu untuk menjadikannya lebih kembang dan gebu.

Oleh kerana bulu arnab ini memanjang sebanyak  seinci setiap bulan, Betty kerap merapikan serta memotongnya dan menggunakan bulu lebihan itu untuk membuat skaf, topi dan sarung tangan yang kemudiannya dijual.

IA BENAR-BENAR SEEKOR ARNAB!

KEMENANGAN IDA DALAM PERTANDINGAN MEMANG TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN

Edited by;
Farahhasina

No comments:

Post a Comment