expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 July, 2014

REMAJA DIARAH TUNJUKKAN KEMALUAN TEGANG DALAM KES PENYIASATAN


Seorang remaja Virginia yang dituduh menghantar video seks kepada teman wanitanya menerima satu waran geledah di mana pihak pendakwa mahu merakamkan gambar kemaluannya yang tegang.

Menurut peguam yang remaja itu, polis dari Manassas City dan peguam pendakwa Prince William County akan membawa remaja berusia 17 tahun itu ke hospital untuk diberi sejenis suntikan yang akan membuatkan zakarnya menegang.

Ini bagi membolehkan perbandingan dibuat dengan gambar dengan imej-imej dalam video yang dihantarnya.

Kes itu telah menimbulkan kemarahan keluarga remaja lelaki itu dan juga para pemerhati undang-undang, yang mendakwa penyiasatan yang dijalankan ke atas pesanan peribadi antara kedua remaja berkenaan adalah keterlaluan.

Dalam kes tersebut, remaja berkenaan menghadapi dua tuduhan kerana memiliki video pornografi bawah umur dan penghasilan video pornografi bawah umur selepas menghantar video lucah tersebut kepada teman wanitanya yang berusia 15 tahun walaupun telah diminta berulang kali  untuk menhentikan perbuatan tersebut.

Pihak peguam bela remaja berkenaan menyelar waran tersebut.

"Tugas pihak pendakwa adalah untuk mendapatkan keadilan," peguam, Jessica Harbeson Foster memberitahu The Washington Post.

"Membawanya ke hospital supaya dia boleh dirakamkan dengan ereksi di hadapan semua polis, itu akan menjadi satu trauma," katanya lagi.

Peguambela di National Center for Missing and Exploited Children  memberi amaran akan bukan sahaja mengenai bahaya pesanan peribadi berunsur seks, tetapi juga memberi tindak balas keterlaluan terhadapnya.

'Mengenakan tindakan seperti ini terhadap seorang remaja, mungkin boleh memberi kesan sepanjang hayat padanya , " kata John Shehan yang bercakap membela mangsa.

No comments:

Post a Comment