expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 July, 2014

REMAJA NEPAL BUNUH DIRI AKIBAT DIEJEK KAWAN KERANA SOKONG BRAZIL

Seorang remaja telah membunuh dirinya selepas kekalahan memalukan Brazil ketika menentang Jerman dalam perlawanan separuh akhir bola sepak Piala Dunia.

Pragya Thapa, 15, ditemui tergantung di dalam bilik di rumahnya di Bharaul, 250 kilometer di timur Katmandu, pagi semalam berikutan kekalahan mengaibkan Brazil 7-1.

Ibunya telah menemui mayat Pragya dalam keadaan mengerikan di rumah mereka yang juga dikongsi bersama datuk dan neneknya sementara bapa remaja itu dikatakan kini bekerja di luar negara.

Sharad Thapa, seorang inspektor polis Nepal, berkata, "Remaja berkenaan tidak sabar untuk melihat Brazil beraksi pada perlawanan akhir, namun dia amat kecewa apabila Jerman mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan yang mengaibkan Brazil.

"Sebahagian daripada rakan-rakan Pragya mula mengusik dan mengejeknya kerana menyokong pasukan Brazil dan pagi itu dia mengambil tindakan melampau dengan menggantung dirinya di dalam bilik," jelas Sharad lagi.

Pihak polis sedang menyiasat kes berkenaan dan mayat remaja itu telah dihantar untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment