expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 July, 2014

ULAR SAWA SEBERAT 130 KG BERJAYA DITANGKAT DI KAMPUNG KUALA DAL, PERAK


PADANG RENGAS – Gara-gara saiz terlalu besar, ular sawa seberat 130 kilogram (kg) yang berjaya ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuala Kangsar semalam, tidak dapat dimasukkan dalam guni dan terpaksa diletakkan dalam kenderaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi itu, ular sawa sepanjang enam meter berkenaan dikatakan berlegar berhampiran rumah penduduk di Kampung Kuala Dal, di sini.

Seramai empat anggota JPAM bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam.

Seorang anggota, Ahmad Salihim Razali berkata, mereka menghadapi kesukaran untuk menangkap haiwan itu kerana saiznya yang besar dan agresif.

“Kami terpaksa minta bantuan orang kampung kerana ular itu terlalu agresif. Selepas bergelut hampir 30 minit, akhirnya kami berjaya menangkap haiwan tersebut.

“Guni yang kami bawa juga tidak cukup besar untuk memuatkan ular tersebut dan kami terpaksa meletakkannya dalam kenderaan bersama peralatan untuk mengelakkannya terlepas,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Daerah Kuala Kangsar, Mohd Haspi Hamzah memaklumkan, sebanyak sembilan kes tangkapan ular direkodkan jabatan itu sepanjang minggu lepas.

Menurutnya, jumlah itu meningkat berbanding minggu lain dan beliau mengingatkan orang awam supaya berhati-hati dengan kewujudan reptilia itu.

“Saya menasihatkan orang awam supaya bersedia untuk sebarang kemungkinan dan jika terserempak dengan haiwan berbisa, terus hubungi JPAM Kuala Kangsar,” katanya.

No comments:

Post a Comment