expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

MOTO


Translate

31 August, 2014

BEG TANGAN PENGUNJUNG ZOO DILARIKAN HARIMAU


SHANGHAI – Seorang pengunjung wanita di Zoo Shanghai di sini berputih mata apabila beg tangan kulit miliknya terjatuh dalam kandang harimau sebelum ia dibawa lari oleh haiwan tersebut, lapor portal MailOnline kelmarin.

Pengunjung itu, Li Qin Hao, dikatakan telah menggunakan beg tangannya sebagai umpan untuk menarik perhatian harimau yang berada di dalam kandang supaya mendekatinya.

Bagaimanapun, beg tangannya yang mengandungi wang tunai, beberapa keping kad kreditdan kunci rumah terlepas sebelum terjatuh ke dalam kolam kandang haiwan ganas itu.

Seekor harimau yang berada berhampiran kolam itu kemudian dilihat masuk ke dalam kolam dan berenang ke arah beg tangan yang terjatuh itu sebelum membawanya lari ke sebuah pulau kecil di tengah-tengah kurungan berkenaan.

Kakitangan zoo yang dimaklumkan mengenai perkara itu telah memberikan pas percuma kepada keluarga wanita tersebut untuk berada lama di situ sementara menunggu pekerja zoo mendapatkan semula beg tangannya.

“Kami menunggu sehingga harimau itu diberi makan oleh pekerja zoo dan mengambil semula beg tangan itu yang telah dikunyah,” kata Pengurus Zoo Shanghai, He Ch’in. – Agensi.

No comments:

Post a Comment