expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 August, 2014

HAMIL DI LUAR RAHIM SELAMA 38 TAHUN


Seorang wanita di India dipercayai mengalami kehamilan ektopik atau kandungan luar rahim yang paling lama di dunia selepas doktor akhirnya berjaya mengeluarkan rangka bayi yang telah berada di dalam badannya selama 38 tahun.

Jyoti Kumar, 62, hamil buat kali pertama pada tahun 1978 ketika berusia 24 tahun namun dia melarikan diri kerana takut untuk menjalani pembedahan selepas doktor memberitahunya dia mengandung di luar rahim dan mempunyai bayinya mempunyai harapan tipis untuk hidup.

Namun selepas 38 tahun, Jyoti mula mengalami sakit perut dan berjumpa doktor di Nagpur, di mana mereka menemui rangka anaknya yang tidak dilahirkan itu.

"Dia memberitahu bahawa kesakitannya menjadi konsisten sejak 2 bulan lalu dan kami mendapati terdapat ketulan di sebelah kanan bawah perutnya yang dikhuatiri adalah kanser, "kata Dr Mohammad Yunus Shah, dari Institut Sains Perubatan NKP Salve

"Hanya selepas pesakit menjalani MRI barulah kita mengetahui bahawa jisim tersebut sebenarnya merupakan rangka kanak-kanak," tambahnya lagi

Selepas mengeluarkan tulang-tulang tersebut, doktor yang terkejut terpaksa menyemak dalam buku perubatan untuk mencari kes-kes yang serupa namun akhirnya mendapati bahawa Jyoti, dari Madhya Pradesh, merupakan wanita yang telah mengalami kehamilan ektopik paling lama dalam masa dua dekad.

"Kami percaya ini adalah kes paling lama dicatatkan iaitu selama 38 tahun," kata Dr Shah lagi

KEHAMILAN EKTOPIK TERJADI APABILA BAYI DIKANDUNG DI LUAR RAHIM
INSTITUT NKP SALVE MENDAKWA KES ITU MERUPAKAN KEHAMILAN EKTOPIK PALING LAMA


No comments:

Post a Comment