expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 August, 2014

LAGU 'BABY' JUSTIN BIEBER SELAMATKAN LELAKI DARIPADA SERANGAN BERUANG

 

Mungkin ramai yang kurang menyukai penyanyi remaja, Justin Bieber yang semakin dilimpahi kontroversi kini. Nampaknya, kini bukan hanya manusia, haiwan juga telah membenci penyanyi tersebut.

Namun kebencian tersebut jugalah yang telah menyelamatkan seorang lelaki daripada serangan seekor beruang ganas.

Dalam kejadian tersebut, seorang nelayan Rusia terselamat daripada serangan seekor beruang coklat apabila haiwan itu melarikan diri setelah mendengar lagu 'Baby' nayanyian Justin Bieber.

Igor Vorozhbitsyn dilaporkan berjalan ke tempat memancing di Republik Yakutia apabila dia diserang oleh haiwan ganas liar tersebut.

Ketika dia bergelut dan berusaha untuk melawan haiwan berkenaan, telefon bimbitnya mula berbunyi apabila menerima panggilan daripada seseorang. Ketika berbunyi, nada dering telefon bimbitnya itu mula memainkan lagu Justin Bieber.

Seperti tergamam mendengar nada dering tersebut, beruang itu terus sahaja menghentikan serangan terhadap Igor dan berlari meluru masuk ke dalam hutan berhampiran.

Bercakap kepada Croatia Times, Igor yang bernasib baik telah terselamat dan hanya mengalami luka dan lebam di muka dan dada.

No comments:

Post a Comment