expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

27 August, 2014

MAYAT DITEMUI DALAM SEBUAH LONGKANG DI AMPANG


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah longkang besar berhampiran Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang dengan kesan kecederaan di belakang kepalanya pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Mohd Nazri Nawawi berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Azlan Hamzah, 29, berasal dari Sarawak yang dipercayai terjatuh ke dalam longkang sedalam dua meter itu.

Beliau berkata mayat ditemui pada pukul 9 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

“Mangsa dipercayai mengalami kesan hentakan berdasarkan kesan kecederaan di kepala dengan kesan rambutnya di bucu longkang berkenaaan adalah berpadanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment