expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 September, 2014

30 PENYIASAT KEMBALI KE KAWASAN NAHAS MH17


Tiga puluh penyiasat akan kembali ke Ukraine untuk meneruskan siasatan di kawasan nahas pesawat MAS bagi penerbangan MH17 berikutan perjanjian damai terbaru antara Russia dan Ukraine.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi, berkata pasukan itu akan berlepas, pada 7 September tetapi tidak pula mengulas lanjut bila pasukan itu akan mula memasuki kawasan itu.

"Sekurang-kurangnya 30 penyiasat akan kembali ke timur Ukraine bagi menyambung kembali tugas yang sebelum tergendala berikutan peperangan di wilayah berkenaan. Kesemua anggota terdiri daripada pelbagai pakar termasuk forensik," katanya.

Julai lalu, pasukan penyiasatan antarabangsa diketuai Malaysia, Belanda dan Australia terpaksa berundur selepas bebarapa hari berada di kawasan itu berikutan pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Russia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa Malaysia sudah menerima laporan risikan `agak konklusif' dan pasukan penyiasat antarabangsa kini akan mengumpulkan bukti fizikal berkaitan nahas itu.


Najib berkata, bagi tujuan itu, pasukan berkenaan perlu memasuki semula kawasan nahas di timur Ukraine sebelum musim sejuk.

"Untuk pengetahuan anda, kami sedang berusaha sebaik mungkin. Kami telah menerima laporan risikan berhubung apa yang telah berlaku terhadap Penerbangan MH17 dan laporan itu sebenarnya agak konklusif.

"Apa yang akan kami lakukan seterusnya adalah untuk mengumpulkan bukti fizikal, bukti yang kami boleh kemukakan di mahkamah apabila tiba masanya supaya ia dapat dibuktikan tanpa sebarang kesangsian bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu dan ini perlu dibuktikan di mahkamah," katanya.

Najib berkata demikian pada sesi soal jawab dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang diadakan sempena lawatan rasmi sehari Abbott di Malaysia, di sini, 6 September.

No comments:

Post a Comment