expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 September, 2014

ANDA PASTI TAK PERCAYA APA YANG DIMAKAN ANJING INI!



Pastinya haiwan peliharaan di rumah diberi makanan yang berzat dan berkhasiat yang biasanya dibeli dari kedai haiwan peliharaan.

Namun berbeza halnya dengan seekor anjing yang berusia 3 tahun apabila dia didapati makan stoking, ya stoking!

Malah anjing yang diberi nama Great Dane itu bukan hanya makan sepasang atau dua tetapi 43 helai stoking kaki manusia.

Dalam kes berkenaan, pemilik anjing tersebut membawanya ke sebuah hospital haiwan di Portland, Oregon, selepas mereka mendapati anjing mereka mengerang dan menunjukkan gejala ingin muntah.

Hospital berkenaan kemudiannya melakukan X-ray dan doktor mengesahkan bahawa terdapat banyak stoking dalam perut haiwan berkenaan dan pembedahan yang dijalankan memakan masa 2 jam untuk mengeluarkan kesemua stoking berkenaan.

Dr Ashley Magee, dari DoveLewis Emergency Animal Hospital berkata, ia adalah salah satu kejadian yang paling pelik yang pernah dihadapi dan direkodkan di hospital itu.

Beliau memberitahu CNN: "Kami membelah perutnya dan mengeluarkan stoking demi stoking dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza,"

Doktor haiwan di hospital tersebut yang begitu teruja dengan kejadian itu telah memasukkan kes itu ke dalam pertandingan tahunan ‘They ate What?' dan kemudiannya memenangi tempat ketiga yang meraih wang sejumlah $ 500 (RM 1593).

Tempat pertama pertandingan itu dimenangi oleh seekor katak yang makan 30 batu di dalam sangkarnya, dan seekor anjing yang telah makan satu pencucuk kebab. Namun, kedua-dua haiwan ini juga selamat.

No comments:

Post a Comment