expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 September, 2014

ANJING BAWA PULANG HADIAH TENGKORAK UNTUK TUANNYA



Kadangkala haiwan peliharaan akan cuba membuat pelbagai kejutan untuk menggembirakan tuannya. Namun seekor anjing bernama Carly membawa pulang 'cenderamata' yang amat mengejutkan pemiliknya iaitu satu tengkorak manusia ke halaman rumah mereka di Austin, Texas.

Pemilik anjing tersebut yang amat terkejut dengan apa yang dibawa pulang Carly itu terus menghubungi pihak polis bagi melaporkan kejadian berkenaan.

Polis telah membuat pencarian  di kawasan itu untuk mendapatkan lebih banyak tulang dengan membawa anjing yang terlatih dalam mencari mayat ke kawasan di mana Carly menemui tengkorak tersebut  pada hari Isnin.

Polis juga menguji tengkorak berkenaan dan menjalankan rekod pemeriksaan gigi untuk melihat jika ia berpadanan dengan mana-mana kes orang hilang kes dalam fail polis.

"Ia dianggap mencurigakan sehingga dipastikan sebaliknya," kata jurucakap polis Lisa Cortinas.

No comments:

Post a Comment