expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

MOTO


Translate

06 September, 2014

APA ISTIMEWANYA PHOTOSHOOT BAYI BARU LAHIR INI?


Setiap lelaki pasti teruja saat baru bergelar bapa dengan kehadiran orang baru dalam rumahtangga. Pasti saat-saat dan detik awal kelahiran mahu diabadikan bersama dengan si manja ini.

Tidak mahu terlepas saat indah seperti ini menyebabkan ramai ibu bapa kini yang mengabadikan detik manis di awal kelahiran dengan mengadakan sesi photoshoot.

Saat bayi tidur merupakan saat paling indah untuk diabadikan dalam gambar. Lihat saja gambar bayi bernama Ted ini. 

Bapanya, Al Ferguson, begitu teruja untuk membuat photoshoot bersama bayi barunya itu. Namun, rupa-rupanya Ted lebih kreatif dan mahu moment itu bertukar wajah. Lihat saja gambar kedua mereka. 

Ted telah menghadiahkan bapanya dengan 'hadiah istimewa' dan berjaya pula dirakam oleh jurugambar professional ini.

Walaupun bapanya mengharapkan satu gambar yang dengan detik begitu manis untuk kenangan bersama anaknya itu, tapi jelas bayi ini mahu pula kenangan terakam dengan cara berbeza bersama najisnya. 

Namun, mungkin gambar ini menjadi lebih manis lagi untuk si bapa ini dan anaknya apabila besar nanti...



No comments:

Post a Comment