expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

15 September, 2014

APA PENDAPAT ANDA TENTANG PAKAIAN PELUMBA BASIKAL INI...


Cuba anda perhatikan 6 orang gadis ini. Mereka adalah para pelumba basikal bagi pasukan Colombia. Apa pendapat anda tentang pakaian mereka? Pelik? Seksi? Memalukan?

Pereka pakaian sukan untuk pasukan berbasikal wanita Colombia ini memutuskan untuk meletakkan warna kulit di tempat yang paling janggal dan sensitif hingga menyebabkan sesetengah orang mempersoalkan sama ada ia seksis. 

Warna tona kulit pada pakaian itu terletak di kawasan pangkal paha dan perut, yang membuat ia kelihatan sangat janggal dan kelihatan seperti pakaian yang dilihat menembusi susuk tubuh. 

Apa yang harus digelar tentang pasukan berbasikal wanita Colombia ini? Dengan penampilan sebegini adakah is satu bentuk seksis atau feminis? 

Pakaian ini benar-benar mendapat kritikan hebat di laman sosial. Ada yang mengaitkannya dengan unsur seksis dan ada juga yang menyatakan bahawa ia adalah sesuatu yang sangat memalukan dan tidak seharusnya ditonjolkan dalam sukan seperti ini.

Kasihan mereka ini, Lihatlah gambar mereka dalam pakaian tersebut semasa mengambil bahagian dalam perlumbaan di Itali. Sekali pandang, ia nampak seperti satu jenis eksploitasi terhadap wanita.

Memang bukan salah mereka. Seharusnya pihak pengurus lebih prihatin dengan perkaraperkara seperti ini agar atlet mereka tidak dimalukan.

No comments:

Post a Comment