expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

21 September, 2014

BAYI LAHIR DENGAN 2 BATANG GIGI


Seorang wanita yang baru bersalin agak cemas apabila bayi perempuannya dilahirkan dengan dua batang gigi.

Bayi perempuan kepada Chloe Pullen yang bernama Rose Esme ini mengejutkan jururawat dan bidan di Hospital Universiti Wales apabila dia dilahirkan dengan dua gigi kacip yang terbentuk sepenuhnya.

Hal ini amat luar biasa kerana kebanyakan bayi hanya tumbuh gigi pada usia kira-kira enam bulan atau lebih.

Rose yang dilahirkan dengan berat 3.7 kg pada 22 Ogos lalu dan menarik perhatian kakitangan hospital dengan ciri yang jarang berlaku pada bayi lain di mana kes seperti ini hanya kira-kira 1 dalam 3,000 bayi yang pernah mengalaminya.

"Saya menjalani pembedahan dan masih tidak sedar selepas bersalin, namun apabila saya terjaga suami saya memberitahu bahawa anak perempuan kami mempunyai gigi," kata Chloe yang berusia 25 tahun.

"Para bidan tidak pernah melihat apa-apa seperti itu sebelum ini. Semua orang datang ke wad untuk melihatnya kerana ia adalah jarang berlaku," tambahnya lagi

Chloe, yang bekerja di bahagian kawalan kebakaran, kemudian mengetahui nenek sebelah ibunya juga dilahirkan dengan gigi depan dan percaya apa yang dialami bayinya, Rose mungkin adalah keturunan.

Chloe juga memberitahu dia dapat menyusukan bayinya yang kini berusia empat minggu, tanpa apa-apa kesakitan sebelum gigi bayinya itu dikeluarkan oleh doktor.

No comments:

Post a Comment