expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

24 September, 2014

BUDAK ULAR


Seorang remaja diberi gelaran 'Budak Ular' kerana mengalami satu keadaan yang luar biasa di mana dia akan bersalin kulit setiap 2 hari.

Ari Wibowo, 16, terpaksa merendam badannya dalam air setiap jam dan menyapukan dirinya dengan losyen untuk mengelakkan kulitnya yang mengelupas setiap 41 jam daripada mengalami pengerasan sehingga dia tidak boleh bergerak.

Doktor Indonesia berkata mereka tidak mempunyai sumber untuk merawat penyakit Ari iaitu Erythroderma, atau ‘red man syndrome’, yang telah mengakibatkan penampilan dirinya yang luar biasa.

Jurugambar Nurcholis Anhari Lubis, 35, telah mendokumentasikan keadaan Ari dan berkata budak itu 'bersisik seperti ular.

'Ia sangat menyedihkan kerana dia tidak dilahirkan secara normal dan mempunyai kulit bersisik di seluruh badannya seperti terbakar teruk dari kakinya sehingga kepalanya, " kata Nurcholis.

"Jika kanak-kanak itu tidak melembapkan atau membasahkan kulitnya dengan air, badannya akan menjadi kaku dan keras seperti ukiran dan dia tidak akan dapat bergerak.

Walaupun mengalami keadaan diri seperti itu, Ari dan keluarganya tetap cuba menjalani kehidupan seperti biasa namun pandangan orang lain di kampung mereka telah membuat mereka melalui saat yang sukar.

Ari mempunyai masalah untuk berkawan dan sekolah tidak akan menerimanya kerana dikhuatiri penyakitnya itu berjangkit.

Ibu Ari juga telah dikatakan mendera cicak semasa mengandung, kerana menurut kepercayaan masyarakat Indonesia, layanan buruk terhadap haiwan semasa hamil akan menyebabkan kanak-kanak yang dilahirkan itu menyerupai haiwan.

ARI MENGHADAPI MASALAH UNTUK BERSEKOLAH KERANA PENYAKITNYA DIKHUATIRI BERJANGKIT
KULIT ARI YANG TIDAK DIBASAHKAN AKAN MENGERAS DAN MENYULITKAN PERGERAKANNYA

No comments:

Post a Comment