expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 September, 2014

BUNUH WANITA KERANA TERDESAK MAHUKAN ANAKNYA

NATALIA ROBERTS, IBU KEPADA 2 ANAK YANG DIBUNUH CATHERINE
Seorang wanita dituduh membunuh selepas dia menembak mati seorang ibu dalam usaha untuk menculik dua anak mangsa berusia tiga minggu dan tiga tahun untuk menjadikan mereka anaknya.

Pegawai di Catoosa County berkata semalam, Catherine Goins, 37, akan didakwa membunuh Natalia Roberts, 30.

Catherine yang berasal dari Tennesse Jumaat lalu menelefon polis  dan mendakwa dia menembak seorang penceroboh di kediaman bekas teman lelakinya.

Bagaimanapun, siasatan yang yang dilakukan membongkar rancangannya untuk mengambil anak mangsa.

Penyiasat berkata, Catherine menemui Natalia, ibu dua anak Jumaat lalu dan mempelawanya ke rumah bekas teman lelakinya, Tony Richards, dengan alasan untuk memberi baju bayi.


Apabila Natalia muncul, Catherine menembak belakang kepalanya ketika mereka menaiki tangga. Dia kemudian melarikan diri bersama-sama dua anak mangsa.

Polis berkata, Catherine bertindak demikian selepas teman lelaki barunya berang apabila mengetahui Catherine tidak hamil.

Dia mengambil keputusan menculik bayi Natalia untuk menunjukkan kepada teman lelakinya bahawa dia melahirkan anak tiga minggu lalu.

Catherine melarikan diri bersama-sama kedua-dua anak mangsa sebaik menembak Natalia. Apabila Richards pulang, dia mendapati mayat di kediamannya dan menelefon polis. Dia kemudian menghubungi Catherine, memujuknya berpatah balik.

Ketika disoal siasat, Catherine berkata, dia berada di rumah Richard apabila mendengar bunyi bising. Dia ke dapur untuk mengambil pistol dan menembak penceroboh itu di ruang tamu.

No comments:

Post a Comment