expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

27 September, 2014

DIPENJARA KERANA KENTUT 2 KALI DI MUKA POLIS


Apa pendapat anda apabila ada antara rakan anda yang terbuang angin di hadapan anda secara sengaja? Pasti anda rasakan perbuatan itu sangat biadap bukan?

Apa yang anda buat dengannya? Paling teruk pun mungkin hanya dimarah atau dimaki. Namun, seorang lelaki menerima padah akibat perbuatan biadap ini

Di England, lelaki yang kentut di muka seorang pegawai polis sebanyak 2 kali telah dilokap kerana melanggar tatatertib masyarakat.

Selain kentut, Malcolm Gill, dari Longfield Avenue di Dalton, juga mengakui bahawa dia telah memanggil anggota polis berkenaan dengan kata-kata cacian iaitu  'Anak haram hitam dan pengganas,' apabila dia muncul di mahkamah pada Februari lalu.

Lelaki berusia 46 tahun itu dilaporkan membuang angin di muka pegawai itu ketika berada di balai polis Huddersfield. Dia telah dipanggil ke balai tersebut pada bulan Januari kerana mencuri.

Malcolm menerima perintah hukuman 12 bulan akibat sabitan kesalah seriusnya tetapi gagal mematuhi peraturan hukuman itu.

Waran tangkap telah dikeluarkan untuk beliau apabila beliau tidak hadir ke mahkamah selepas dituduh melanggar perintah itu.

Dia dihukum penjara 18 minggu pada hari Rabu apabila dia didapati bersalah kerana kegagalan menghadirkan diri pada tarikh yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment