expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 September, 2014

FIKIR DULU SEBELUM MAKAN SUSHI!


Adakah anda telah merancang makan tengahhari ini? Apakah agaknya menu yang terlintas dalam fikiran anda?

Makanan Jepun? Kalau ya, dan anda terfikirkan sushi, mungkin anda perlu fikirkannya semula. Ini kerana anda mungkin akan mengalami kejutan dengan apa yang terkandungi dalam sushi dan mungkin juga tidak akan memakan sushi lagi selepas ini.

Dalam satu kes, seorang lelaki dari wilayah Guangdong, China telah pergi ke hospital selepas mengadu sakit perut.

Terdahulu pada hari yang sama, dia telah makan sashimi terlalu banyak dan kemudiannya mengalami sakit perut yang melampau.

X-ray yang kemudiannya dijalankan menunjukkan bahawa perutnya dipenuhi dengan parasit cacing pita yang telah mencemari ikan mentah dalam sushi yang dinikmatinya.

Akibatnya, cacing-cacing pita tersebut telah berpindah masuk ke dalam perut lelaki ini dan terus kelihatan bergerak-gerak melalui x-ray yang dijalankan ke atasnya.

Sangat menakutkan dan menjijikkan bukan? Jadi, fikirlah dahulu sebelum merancang untuk makan sushi lagi selepas ini.

No comments:

Post a Comment