expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 September, 2014

GULU-GULA BERBENTUK KEMALUAN LELAKI


Para pengguna di New Zealand telah membuat aduan bahawa terdapat gula-gula dengan imej kurang sopan dan lucah yang telah diedarkan di negara itu.

Mereka amat bimbang kerana bungkusan berisi gula-gula getah dari syarikat Dutch Rusk yang telah diedarkan kepada orang ramai mengandungi bentuk yang kelihatan seperti kemaluan lelaki.

Aduan mula dibuat pada syarikat Dutch Rusk tidak lama selepas syarikat itu mula mengedarkan bungkusan gula-gula yang telah diimport dari China.

Pengarah Urusannya, Willem Van de Geest berkata gula-gula, yang dipanggil Dragon Sweets itu setakat ini telah diedarkan di bahagian selatan negara itu.

Walau bagaimanapun, Van de Geest memberitahu New Zealand Herald bahawa: "Anda perlu melihatnya dua atau tiga kali sebelum memikirkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan bentuknya,"

Van de Geest juga berkata bahawa bentuk kemaluan lelaki tidak dianggap sesuatu yang menyinggung atau lucah di Asia kerana ia melambangkan kesuburan dan kesihatan.

Namun, dia telah memberi jaminan kepada para penggemar  gula-gula New Zealand bahawa gula-gula berbentuk kemaluan ini telah ditarik balik.

Cuba lihat dengan teliti, pada pandangan anda sendiri adakah benar gula-gula ini berbentuk seperti yang didakwa? Mungkin juga setiap orang mempunyai pandangan berbeza dan melihatnya dari sudut berlainan.

No comments:

Post a Comment