expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 September, 2014

GURU LESBIAN JALINKAN HUBUNGAN DENGAN PELAJAR 15 TAHUN



Seorang guru wanita dijatuhkan hukuman penjara kerana telah menjalinkan hubungan seksual dengan seorang pelajar berusia 15 tahun di sebuah sekolah mewah.

Guru pendidikan jasmani, Emily Fox, 26, didakwa berbalas beratus-ratus mesej yang tidak senonoh dengan remaja berkenaan melalui e-mel, teks dan WhatsApp

Mereka juga telah melakukan hubungan seks beberapa kali dan sangat berhati-hati dalam merahsiakan hubungan mereka.

Polis telah dipanggil selepas pelajar itu cuba untuk mencetak e-mel daripada Emily yang telah dilihat oleh bapanya.

Hakim Stephen Gullick menjatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan ke atas Emily. Dia juga telah dipecat daripada kerjaya guru disebabkan kes itu.

Mahkamah diberitahu bahawa Emily mula mengajar di Sekolah Masonic Diraja di Rickmansworth, Herts pada tahun 2010.

Dia bertemu remaja tersebut yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, pada bulan November 2012.

Hubungan itu hanya diketahui selepas mangsa cuba untuk mencetak e-mel yang diterimanya sebelum dia pergi bercuti.
Printer yang digunakan tersekat dan e-mel itu dicetak sendiri seminggu kemudiannya apabila bapa gadis itu menggunakan printer tersebut.

Emily telah ditangkap tetapi dia dan kekasih remajanya itu yang kini berusia 16 tahun enggan memberi temuramah formal. 

No comments:

Post a Comment