expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

24 September, 2014

HAMPIR DIROGOL DEPAN SUAMI SENDIRI

RUMAH DAN KAIN BATIK YANG DIPAKAI MANGSA KETIKA KEJADIAN
Seorang wanita hampir menjadi mangsa rogol lelaki yang menceroboh rumahnya, namun tindakan pantas suaminya berjaya menyelamatkannya daripada dirogol.

“Saya tergamam melihat lelaki itu yang dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri saya hingga menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati,” kata suami kepada wanita itu yang sempat menyelamatkannya isterinya daripada diperkosa.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, berusia 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an menceroboh masuk ke rumahnya di Kampung Laksamana, Gombak. 

Menurutnya, insiden itu berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek.

“Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri," jelasnya.

“Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang daripada mereka sedang menindih isteri saya,” katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment