expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 September, 2014

HARGA AYAM 'LAMBORGHINI' PASTI BUAT RAMAI TERLOPONG



Pernahkah anda melihat ayam yang hitam malah yang hitam segalanya? Ini bukan buatan manusia atau sekadar jenaka prankster tapi benar-benar semulajadi.

Inilah yang dipanggil Ayam Cemani  yang benar-benar hitam dari atas ke bawah. Ada juga pihak yang menggelarkan sebagai Ayam Lamborghini.

Bukan hanya bulu, malah mata, paruh dan lidahnya juga semuanya berwarna hitam. Lebih menarik lagi warna gelap ayam ini bukan hanya luaran malah segala organ dalaman seperti tulang, daging dan organ-organ lain juga adalah hitam.

Ayam yang berasal dari Indonesia ini berwarna hitam daripada sifat generik semula jadi yang dikenali sebagai 'fibromelanosis'

Sekiranya ia amat menarik bagi anda, fikir dahulu sebelum menyimpan hasratnya untuk memilikinya. Ini kerana anda mungkin akan terkejut kerana seekor ayam ini berharga kira-kira RM7969.

Ya....bukan gurauan, namun itulah harga bagi seekor ayam cemeni. Mungkin kerana nilai komersil tertentu atau terdapat khasiat lain yang tidak disebutkan sehingga menjadikan nilai ayam ini begitu tinggi.

Maka tidak haranlah apabila ayam ini diberi jolokan Ayam Lamborghini kerana rupanya yang 'cool' ditambah pula dengan harga yang amat memeranjatkan ini.

AYAM CEMENI BUKAN HANYA HITAM SECARA LUARAN
INILAH DAGING AYAM CEMENI YANG JUGA BERWARNA HITAM


No comments:

Post a Comment