expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 September, 2014

KANAK-KANAK 'DICUCI' DALAM MESIN BASUH


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun telah dikejarkan ke hospital selepas dia dikatakan telah terperangkap di dalam sebuah mesin basuh. 

Kejadian itu berlaku di Washateria Le di Southmore Avenue, Texas lebih kurang pukul 6:15. Kanak-kanak itu dilaporkan terperangkap di dalam mesin basuh pada kelajuan tinggi selama beberapa minit sebelum ada orang yang perasan akan kejadian itu. 

Polis Pasadena berkata sebelum kejadian tersebut, seorang wanita baru sahaja cuba menggunakan mesin yang sama dan memberitahu pengurus bahawa mesin itu tidak berfungsi dengan betul. Dia kemudiannya mendapatkan bayaran balik dan berpindah ke mesin yang lain. 

Tiada maklumat tentang bagaimana kanak-kanak itu boleh berada di dalam mesin basuh berkenaan. Detektif juga masih cuba untuk menyiasat tentang perkara itu. 

"Dia masuk terlalu cepat di dalam mesin itu," jelas jurucakap polis Pasadena, Vance Mitchell. 

"Seseorang berjalan di situ dan berkata, mereka melihat sesuatu yang bergerak di dalam mesin. Mereka menyangka bahawa ia hanyalah pakaian atau sesuatu kerana ia bergerak dengan sangat cepat." katanya lagi

Polis tidak memberitahu sama ada ibu bapa gadis itu ada untuk mengawasinya ketika itu. Namun pihak polis berkata bahawa seseorang dengan jelas telah gagal untuk menjaga kanak-kanak berkenaan. 

No comments:

Post a Comment