expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

08 September, 2014

KENA TIKAM SEBAB CURI BEBOLA DAGING DARI PINGGAN KAWAN


Apa perasaan anda apabila makanan anda diambil oleh seorang rakan? Sanggupkah anda menikamnya disebabkan itu? Kalau anda rasa anda tidak sanggup, jangan terperanjat kalau ada yang sanggup melakukannya.

Seorang lelaki dilaporkan begitu marah pada rakan sekerjanya kerana mencuri salah satu bebola daging sehingga dia menikam rakannya itu di lengan.

Baltimore Sun melaporkan perbalahan itu berlaku di Fallston, Maryland, pada hari Khamis lepas.

Apabila polis tiba di tempat kejadian mereka diberitahu seorang lelaki berusia 36 tahun dilaporkan telah mengalami kecederaan kerana dia telah mengambil satu bebola daging dari pinggan rakan sekerjanya semasa makan tengah hari.

Nasib baik mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius tetapi polis masih mencari suspek yang berusia 31 tahun itu yang melarikan diri sebelum mereka tiba.

Bayangkan, itu baru satu bebola daging, kalau semua makanannya diambil mungkin rakannya itu telah mati dibunuhnya.

No comments:

Post a Comment