expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 September, 2014

KERANA RM1


Seorang ahli perniagaan kehilangan RM600,000 selepas diumpan penjenayah dengan taktik menabur beberapa not kertas RM1 di atas jalan.

Dalam kejadian jam 1.15 petang kelmarin, mangsa yang berusia 53 tahun menjadi mangsa tipu helah dua penjenayah berhampiran kawasan Industri Taman Jaya, Balakong, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian jenayah itu dipercayai dilakukan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai mengekori mangsa dari bank.

Menurutnya, mangsa yang menjalankan perniagaan fabrik dan pakaian dikatakan baru mengeluarkan RM600,000 untuk membayar gaji pekerjanya.

Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke syarikatnya terkejut apabila mendapati tayar kereta dipandu bocor mendadak. Susulan itu mangsa pergi ke sebuah kedai kereta berhampiran untuk menukar tayar keretanya itu

Beliau berkata, mangsa yang menunggu giliran menukar tayar keretanya bagaimanapun terlihat seorang wanita melambai-lambai tangan ke arahnya.

Wanita itu menunjukkan isyarat tangan seolah-olah mengarahkan mangsa keluar dari kenderaan dan melihat sesuatu di atas jalan. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa keluar dari keretanya sebelum mendapati beberapa keping wang bertaburan di atas jalan tidak jauh dari keretanya,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang leka mengutip wang itu bagaimanapun tidak menyedari seorang lelaki mengambil kesempatan menyusup masuk ke dalam kenderaannya.

“Suspek mengambil beg berisi RM600,000 itu yang diletakkan mangsa di tempat duduk hadapan kenderaan sebelum melarikan diri. Mangsa menyedari diperdaya apabila mendapatinya beg miliknya ghaib. Mangsa segera membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Polis percaya kegiatan jenayah itu dilakukan pasangan warga asing.

“Mangsa yang diambil keterangan mendakwa sudah menjadi kebiasaan dia mengeluarkan wang tunai sebanyak itu pada tarikh berkenaan untuk membayar gaji pekerjanya," tambahnya lagi

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK).

No comments:

Post a Comment