expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

06 September, 2014

KOMUNIKASI TELEPATI PROFESSOR X KINI MUNGKIN MENJADI REALITI


Pernahkah anda menonton filem X Men? Ingatkah anda pada watak professor X yang memiliki kuasa komunikasi minda yang luar biasa?

Kini, semua itu mungkin bakal menjadi realiti. Komunikasi bersifat telepati kini telah maju setapak lagi apabila baru-baru ini seseorang telah dilaporkan berjaya menghantar mesej kepada penerima di negara lain, dengan menggunakan mindanya.

Dalam satu eksperimen yang dijalankan oleh saintis dari Universiti Harvard, individu yang diuji di India telah berkomunikasi dengan seseorang di Perancis menggunakan peranti internet melalui electroencephalogram (EEG)

Peranti ini membenarkan mereka untuk menghantar mesej yang ringkas seperti 'Hola' atau 'ciao' dengan hanya memikirkan mereka, dengan komunikasi dilihat oleh penerima melalui satu siri cahaya berkelip.

Penulis bersama kajian itu, Giulio Ruffini, gembira dengan kejayaan penyelidikan itu tetapi menegaskan ia bukanlah magis.

"Ia adalah seperti merealisasikan teknologi impian telepati, tetapi yang pasti ia bukan kuasa magis. Kami menggunakan teknologi elektromagnet untuk berinteraksi dengan otak," kata ahli teori fizik berkenaan.

Wow, sangat X Men!

No comments:

Post a Comment