expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 September, 2014

LELAKI AUSTRALIA FASIH BERBAHASA MANDARIN SETELAH SEDAR DARI KOMA




Mungkin ramai pesakit yang pulih dari koma mendapati diri mereka mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.

Namun, berbeza halnya dengan seorang lelaki yang berjaya bertutur dalam satu bahasa asing apabila dia bangun dari koma.

Ben McMahon, dari Melbourne, Australia, yang sedar selepas kemalangan kereta yang serius bukan hanya pulih tetapi dia juga mendapati dirinya mampu untuk bertutur dalam bahasa Mandarin.

Selepas menulis perkataan 'Saya sayang ibu saya, saya sayang ayah saya, saya akan pulih,' dalam dialek Cina, lelaki berusia 22 tahun itu mula bertutur dengan fasih selepas beberapa hari.

"Tanpa disedari saya bercakap bahasa Mandarin, ia hanya keluar dari mulut saya secara paling semula jadi," katanya.

Kemahiran bahasa baru McMahon itu dilaporkan bermula apabila dia melihat seorang jururawat berwajah Asia di hospital tempatnya dirawat

Walaupun dia pernah belajar bahasa Mandarin di sekolah, dia tidak pernah fasih menggunakannya

Dia kemudiannya telah dijemput untuk menjayakan satu tv dalam bahasa Mandarin dan juga telah dipindahkan ke Shanghai.

No comments:

Post a Comment