expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

24 September, 2014

LELAKI BUAT TATU PADA BOLA MATA


Seorang lelaki telah menjalani satu prosedur yang paling jarang dan luar biasa dilakukan iaitu untuk mendapatkan tatu pada bola matanya.

William Watson, 58, dari New York, telah disuntik dengan dakwat ke dalam matanya selepas hidup dengan iris keputihan berikutan kecederaan ketika dia masih kecil.

Semasa masih kanak-kanak, William telah dihentak dengan bola di mukanya. Insiden itu mengakibatkan matanya menjadi seperti selaput yang kusam hingga ramai yang memandangnya.

Jadi dia memutuskan untuk menjalani prosedur kosmetik selama sejam, yang tidak memperbaiki keadaan matanya yang rosak tetapi mewujudkan satu kesan seperti anak mata normal

Dr Emil Chynn telah memasukkan dakwat ke dalam mata William. Selepas melakukan tatu itu, William berkata: "Ia terasa seperti seseorang telah menggosoknya. Ia berjalan lancar, tiada apa-apa pun. Segalanya baik,"

Sungguh menakjubkan, selepas beberapa minggu penyembuhan, anak matanya kelihatan hampir serupa seperti yang asli.

Dia juga berkata "Saya seperti tidak percaya kerana berasa lebih baik dari luar mahupun dari segi dalaman.

"6 bulan lepas, Dr Chynn memberikan saya satu cara untuk kelihatan normal. Saya berasa lebih yakin dengan diri saya," tambahnya lagi.

WILLIAM WATSON KETIKA MENJALANI PROSEDUR MEMASUKKAN INK KE DALAM BOLA MATA
KEDUA-DUA ANAK MATA WILLIAM KELIHATAN HAMPIR SAMA SETELAH MENJALANINYA

No comments:

Post a Comment