expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 September, 2014

MAJIKAN CUBA KEJUTKAN PEKERJA YANG SUDAH TIDAK BERNYAWA


Tindakan seorang pemilik kedai yang cuba mengejutkan pekerjanya bertukar menjadi kejutan apabila dia mendapati pekerjanya itu sudah tidak bernyawa. 

Dalam kejadian tersebut, pemilik kedai yang cuba mengejutkan pekerjanya selepas mendapati restorannya masih belum dibuka amat terkejut apabila menemui mayat lelaki itu terbaring dengan kesan luka di bilik sewanya di Air Putih di sini, semalam.

Mayat Azrul Saman, 30, dari Kampung Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu ditemui kira-kira jam 7 pagi di dalam bilik di tingkat satu bangunan restoran itu yang turut menempatkan beberapa penghuni lain.

Difahamkan, mangsa biasanya akan membuka restoran itu seawal jam 6 pagi dan kegagalan mangsa berbuat demikian menimbulkan kehairanan majikannya yang kemudian naik ke bilik sewa mangsa untuk cuba mengejutkannya.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata bahawa sebaik tiba di bilik mangsa, pemilik restoran berusia 50-an itu terkejut melihat pekerjanya terbaring di atas lantai dan sudah tidak bernyawa.

Majikan mangsa kemudiannya terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu dan hasil pemeriksaan menemui beberapa kesan luka di badan mangsa

No comments:

Post a Comment