expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 September, 2014

MATI KETIKA SEDANG MELANCAP DI BANK SPERMA


Seorang doktor pelatih telah meninggal dunia ketika sedang melancap bagi mengeluarkan sampel air mani dirinya di sebuah bank sperma.

Zheng Gang, yang mengalami serangan jantung ditemui tidak bertindak balas dalam ruang bangunan di Universiti Wuhan, China.

Para pekerja yang bimbang telah mula memasuki ruang peribadinya itu apabila mereka menyedari bahawa dia telah menghabiskan masa selama dua jam di dalam ruangan itu.

Mereka menemui lelaki berusia 23 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan cuba untuk memulihkannya namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ia merupakan lawatan keempatnya dalam seminggu dan dia telah dilaporkan telah menggunakan majalah seksi untuk membantunya mengeluarkan air mani.

Insiden itu mula terdedah setelah keluarga Zheng membawa perkara itu ke mahkamah dan mendakwa bank sperma itu bertanggungjawab atas kematiannya pada Januari 2011.

Mahkamah walau bagaimanapun menolak tindakan itu dan berkata bahawa Zheng sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri.

Keluarga tersebut kemudiannya telah diberikan £ 27,000 (RM 140, 415) oleh mahkamah rendah tetapi menuntut £ 1000000 (RM 5,200,573) sebagai pampasan.

No comments:

Post a Comment