expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 September, 2014

NAJIS JUGA BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA



Jika bergelumang najis adalah tukaran kepada nyawa anda, sanggupkah anda melakukannya? Pasti ramai yang menjawab ya kerana nilai nyawa adalah lebih daripada itu.

Inilah yang terjadi kepada seorang penunggang motosikal yang terlepas ajal apabila terjatuh dia atas timbunan najis. 

Dalam kejadian itu, penunggang motosikal tersebut telah hilang kawalan apabila sebuah traktor dan trelern di hadapannya terbalik dan menumpahkan bertan-tan najis lembu untuk baja di hadapannya. 

Dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan kerana terjatuh di atas timbunan najis berkenaan. 

Dalam kemalangan di Newbold on Stour, Warwickshire, penunggang motosikal berkenaan pastinya bersyukur dan gembira kerana terhumban ke dalam timbunan najis lembu itu walaupun nyata sekali ia merupakan satu destinasi yang busuk untuk jatuh.

"Motosikalnya masih tegak tetapi dia telah teralih ke atas hendal di dalam timbunan najis itu," kata seorang jurucakap West Midlands Ambulance.

Perkhidmatan kecemasan juga telah membantu untuk mengeluarkan seorang pemandu traktor berusia 30 tahun, yang telah dibawa ke Hospital Warwick di mana beliau dirawat akibat kesakitan di leher dan belakang.

No comments:

Post a Comment